Jafri Malin Abdullah

Male, Person

1962 –

34

Who is Jafri Malin Abdullah?

Profesor Jafri Malin bin Abdullah adalah Pengarah atau "Founding Director" Pusat Perkhidmatan dan Penyelidikan Neurosains,Universiti Sains Malaysia yang pertama di Asia Tenggara dan 'Founding Head" serta mantan Ketua Jabatan Neurosains, Kampus Kesihatan, Universiti Sains Malaysia, Kubang Kerian, Kota Bharu Kelantan. Beliau juga merupakan salah seorang perintis yang memperkenalkan dan mempertingkatkan bidang neurosains klinikal dan experimental di Malaysia serta memperluaskannya melalui Akademi Sains Malaysia. Beliau menjayakan program di peringkat Sarjana di Malaysia dengan kerjasama Kementerian Kesihatan Malaysia dengan mendirikan satu-satunya program seperti ini di IPTA/IPTS iaitu Sarjana Surgeri, Sarjana Sains, Doktor Falsafah dan Sarjana Perubatan Lanjutan. Dengan usaha-usaha ini, jumlah pakar bedah saraf di Malaysia telah meningkat dua kali ganda ke satu jumlah yang membanggakan di bawah Rancangan Malaysia Kelapan dan Rancangan Malaysia Kesembilan . Jumlah saintis neuro yang bertambah sebanyak satu kali ganda juga telah mula berkhidmat di universiti-universiti tempatan lain.

We need you!

Help us build the largest biographies collection on the web!

Born
Dec 5, 1962
Kuantan
Education
  • Universiti Sains Malaysia

Submitted
on July 23, 2013

Citation

Use the citation below to add to a bibliography:

Style:MLAChicagoAPA

"Jafri Malin Abdullah." Biographies.net. STANDS4 LLC, 2024. Web. 27 Apr. 2024. <https://www.biographies.net/people/en/jafri_malin_abdullah>.

Discuss this Jafri Malin Abdullah biography with the community:

0 Comments

    Browse Biographies.net